Sibuk aku berfikir, satu minggu telah berlalu dan hari 'keramat' itu telah tiba. Ibu mengingatkan aku supaya jangan keluar ke mana-mana kerana rombongan pihak sebelah akan tiba dan mahu aku bersiap. Pada masa itu aku berasa sangat bengganf. Aku terus naik atas mandi dan mengenakan baju kurung tanpa memakai solek berlebihan.
Tiba-tiba loceng berbunyi, dalam hati berdebar-debar bercampur dengan perasaan malu. Ibuku bukakan pintu, tetamu sekalian masuk. Dari jauh, aku melihat tiada satu pun yang berkenan di hatiku, itu pun kalau si dia ada bersama rombongan yang datang.
Tiba-tiba aku terdengar suara ibu bertanya, mana si dia. Rasa-rasanya ibunya yang menjawab si dia dalam perjalanan...............
No comments:
Post a Comment